Sunday 12 August 2012

Ramadhan2012 - Mungkinkah yang terakhir?

Ramadhan yang mulia datang lagi. Sebelum sampai Ramadhan ini, saya selalu mengeluh bila membayangkan kena tahan lapar dan dahaga, setiap tahun saya fikirkan hal yang sama. Astaghfirullah..Allah jadikan Ramadhan untuk kita cuci dosa, basuh semula hati yang kotor. Dan..Alhamdulillah.. Saya berjaya memasuki fasa ibadah seribu bulan. Tak susah pun kan puasa ni. Bila dah puasa, rasa sayang pulak nak habis Ramadhan. Andainya Ramadhan itu sepanjang tahun, saya sanggup, asalkan segala dosa sebelum dan selepas, diampunkan Allah Taala. Sebabnya, kita diberi pilihan untuk duduk di mana, syurga atau neraka. Saya perlukan syurga. Saya perlukan redha Allah. Saya sangat takut untuk memilih neraka, yang panas asapnya saja dah boleh keringkan alam semesta. Mampukah tahan panas asap api neraka sedangkan terkena periuk nasik yang tengah menggelegak pun dah melecur tangan.
Andaikata ini Ramadhan terakhir saya, maka saya tersangatlah perlu membersihkan dosa untuk bertemu SI DIA, Pencipta Yang Maha Agung. Sungguh saya tak tahu cara apakah untuk 'clorox'kan dosa saya melainkan solat taubat dan berusaha ganti semula solat wajib.
Andaikata ini Ramadhan terakhir saya, maka saya sangat mendoakan kematian saya berakhir dengan baik, husnul khatimah. Saya mengharapkan syahid di jalanNya. Tak kira dimana saya diambil nyawa, semoga saya akan diterima segala penduduk langit, dan berada di kandil burung hijau di syurga. Subhanallah.. Bahagianya jika roh saya diterima di syurga.
Andaikata ini Ramadhan terakhir saya, maka saya memohon maaf dari semua yang pernah saya sakiti, dan saya memaafkan orang yang menyakiti saya, saya halalkan segala hutang orang dengan saya dan saya mohon dihalalkan segala hutang saya dengan orang. Dan saya pohonkan doa dari semua agar saya tidak sunyi di dalam kubur dengan bertemankan doa yang semua hadiahkan.
Amin. Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Monday 13 June 2011

14 mac 2011

tarikh yg sepatutnya mengingatkan diri tentang kelahiranku ke dunia ni 14mac1989, tapi menjadi tarikh yg mengingatkanku tentang kematian..salah seorang classmate masa sekolah menengah dulu, telah meninggal.tarikh tu.hari ulangtahun kelahiran..apa rasanya bila dapat tahu tentang kwn kita yg pergi meninggalkan kita, sedangkan kita waktu itu tengah gembira dgn hari lahir kita..sedar tak, kita pun akan mati mcm kwn tu..kita cuma tahu..menyedari? mungkin tak..ramai yg mcm tu..kita pun salah seorang dari golongan yg lalai dan alpa..mati akan datang waktu kita tak sedar bila..mungkin waktu tengah main bola sepak, mungkin waktu tengah makan, mungkin time tengok wayang, mungkin juga waktu sedap2 'dating'..kan??kan??

bukan nak kutuk, bukan nak kata, percayalah, saya juga adalah salah seorang dari golongan tu..sekarang tengah terfikir, dalam hati ni ada IMAN tak? kadang2 rasa nak buat baik, kadang2 nak jadi jahat..tapi kita fikir tak apa akibat??kebanyakannya tak kan??

fikirlah, zikirlah
dan kita pasti menemui jawapan
buat arwah Izzat Ghazali, semoga dia dalam keadaan bersenang2 sekarang..kami akan menyusulmu..janji yg pasti..